Wednesday, August 24, 2011

BATU


Dalam fatrah mengejar malam LailatulQadar ini, semua insan pastinya ternanti-nanti, tertanya-tanya adakah tahun ini mereka dipilih untuk menjadi tetamu malam al Qadr. Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini mampu untuk terus kita menyuntik semangat berkejar dalam beribadat, kerana bimbang adakah bulan penuh barakah ini dapat lagi kita rasai.







Suka untuk aku mengambil tajuk “Batu” setelah teringat salah satu program yang dihadiri oleh aku dan adik, Shazwan Afiq ( bagi angkat sikit ;p ) sebagai peserta. Dalam salah satu slot program itu, dinamakan Kulim(Kuliah Lima Minit) adikku diminta untuk memberi kuliah bertajuk “Batu”. “Adusy.. abis la budak ni”, aku berdengus tidak meyakini kebolehannya dalam penyampaian. Tiba-tiba dia bersuara tenang menerangkan tentang Batu dan dalam masa yang sama mampu mengajakku menginsafi diri yang lemah ini.. Allah…



Dari segi zahirnya, kita melihat Batu hanyalah sesuatu yang remeh. Tidak perlu untuk diulas panjang, pastinya terlintas di benak pemikiran tentang sifat luarannya yang hodoh, keras,kaku, reka bentuk yang menggerutu dan tidak menarik, apatah lagi batu yang hitam dan kecil. Akan tetapi, jika dilihat kembali, betapa dia adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat banyak kegunaannya, terutama untuk keperluan harian manusia.



Dirinya dicipta dalam keadaan tidak semulia kejadian manusia. Namun, lahirnya dia teramat mulia dari sudut ibadatnya kepada Allah. Hidupnya sentiasa mengingati Allah, berzikir serta memuji kebesaran Allah, mendoakan kemuliaan manusia yang pergi menuntut ilmu kerana Allah. Sanggup mengorbankan dirinya semata-mata untuk keperluan manusia biarpun dia sedar bahawa dia hanyalah seketul batu yang kecil. Dan dia, seketul batu juga akan merasa bangga di akhirat kelak kerana dia mampu melatih diri untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah serta berjaya membawa kaum keluarganya menjauhinya.



Bagaimana kita, seorang manusia yang kononnya dicipta paling mulia dalam kalangan makhluk-makhluk yang lain, tetapi sering ingkar dengan suruhan dan larangan Allah. Tidak malukah kita dengan batu yang hanya kaku, tidak mampu bergerak, keras dan tidak beroleh nikmat semewah manusia itu telah mampu menegaskan dirinya agar terus-menerus istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Penciptanya. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan manusia yang sering tenggelam dalam arus nikmat yang melimpah ruah kurniaan Tuhan, jarang sekali melatih diri untuk bersyukur, malahan terus rakus dan sentiasa merasa tidak cukup dalam mengejar dunia yang jelas fananya.



Muhasabah kembali, semulia-mulia kejadian adalah penciptaan manusia sehinggakan Allah telah merakamkan dalam Kitab Al Quran akan darjat kemuliaan manusia, diberi pelbagai limpah kurnia semata-mata untuk menjadi ‘Abid kepadaNya serta Khalifah yang akan memakmurkan bumi ini. Maka firmannya yang bermaksud, “Nikmat mana lagi yang akan kau(manusia) dustakan”.


Aku teringin untuk mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita koreksi diri, sejauh mana ketulusan hati kita dalam beribadah, sebanyakmana detik-detik yang kita lalui dalam kehidupan ini telah kita peruntukkan untuk memikirkan tentang Islam, sebanyak mana usaha kita untuk membantu menggerakkan agama Allah, dan perkara yang selalu kita terlepas pandang, seikhlas mana kita bersedia memperuntukkan diri kita dalam menjaga hubungan sesama insan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang alpa dibuai nikmat kesenangan serta mudah rebah bila diberi sedikit ujian. Amin Ya Rabb..



Salam Ramadhan…


Monday, August 22, 2011

Bagaimana keadaan penerus generasi kami??







Menyelusuri pagi hari di bulan Ramadhan, amat menenangkan. Tiba-tiba, akalku terajak untuk memikirkan keadaan penerus generasi kami. Melihat kepada keadaan umat kini yang seperti tidak berpelajaran, berkelakuan seakan tiada akhlak dan maruah, berpemikiran seolah-olah tidak pernah mengenal apa itu Islam. Bimbang! Bagaimanakah generasi penerus kami? Siapakah penyelamat?layakkah Negara yang dibentuk oleh pemerintah kini melahirkan penerus yang lebih hebat, sehebat Umar Abdul Aziz, Sultan Murad serta anaknya Sultan Muhammad Al Fateh, atau lebih hebat lagi, dapat mencontohi pemerintahan Rasulullah saw dalam bernegara? Persoalan yang masih tiada jawapan…..





SISTEM PENGURUSAN NEGARA




Bermula dari pemerintahan seperti yang aku sebutkan di awal pendahuluan tadi, Negara yang ditadbir oleh mereka yang hebat semestinya cantik dari segenap sudut, terutamanya dari sudut sistem pengurusan Negara. Sistem pengurusan Negara yang elok bukan sahaja terkesan kepada pengaliran wang Negara dapat diuruskan dengan baik, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau jenayah kolar putih, badan-badan kerajaan dan swasta beroperasi seperti yang direncanakan, malah lebih dari itu, ianya terkesan kepada akhlak masyarakat itu sendiri. Ingin melihat bagaimana masyarakat dalam berakhlak, lihat pemimpinnya dahulu.



SISTEM PILIHANRAYA



Barisan kepimpinan di Malaysia dibentuk melalui proses pilihanraya. Aku tidak ingin mengulas panjang mengenai hukum sistem ini dijalankan, kerana telah banyak perbahasan yang dibuat dan tiada hukum haram yang qat’I dijatuhkan. Aku tidak menyokong sistem ini sepenuhnya, akan tetapi aku kira, adalah wajar untuk kita menggunakan medan sistem ini sebagai wasilah atau jalan untuk mengembalikan semula hukum pemerintahan Islam yang pernah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui Melaka dan digunapakai ketika zaman pemerintahan Parameswara suatu ketika dahulu. Sistem pilihanraya ini hakikatnya telah diperkenalkan oleh Barat, dan hari ini, sistem ini bukan sahaja telah diamalkan, tetapi telah dikotori oleh pelbagai taktik demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Berlawan di padang yang sama, tetapi 1 pasukan dibenarkan memakai kasut, dan pasukan lagi satu tidak dibenarkan, 1 pasukan bebas berlari dengan kedua belah kaki,dan pasukan satu lagi diikat kedua kakinya, pengadil di’beri makan’ oleh 1 pasukan. Maka, mereka pon beraksi bertempur dalam keadaan yang sangat berat sebelah. Adakah logic rakyat telah diberi kebebasan demokrasi sepenuhnya jika perkara jijik seperti ini tersusun rapi dalam system yang kononnya bertindak adil? Nonsense!



SISTEM SOSIAL



Natijah daripada system pengurusan Negara yang ditadbir oleh pemerintah kini, dimulai dengan system pilihanraya yang kotor, maka terhasillah sebuah Negara yang bersistem sosialkan seperti kini. Sangat berbeza jika disbanding beza dengan pemerintahan seorang pemerintah yang juga seorang manusia, Sultan Umar Abdul Aziz. Beliau bukan bertaraf nabi yang diberi kelebihan maksum dalam tindakan, beliau juga seorang suami, bapa, memegang banyak lagi amanah dalam kehidupannya. Juga hidup bermasyarakat, tiada bezanya dengan pemerintah kini. Akan tetapi, urus tadbirnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan urus tadbir kepimpinan Malaysia. Negara mengamalkan prinsip yang telah disusun cantik dalam al Quran, menteri-menteri dilatih beramanah, hak rakyat terjamin, keperluan rakyat dipenuhi dan rakyat terbela! Hebatnya seorang hamba Allah ini, dapat memastikan semua rakyatnya hidup aman damai, tanpa kecurian, tanpa jenayah, tanpa penyelewengan, tiada kes buang anak, tiada siram asid, malah tiada rakyatnya yang hidup melata, tiada kemiskinan, dan tiada lagi yang layak menerima zakat. Allahu Rabbi! Kesan pemerintahan orang mereka yang berpegang utuh dengan agamaMu. Begini Negara impianku, yang entah bila akan menjadi realiti.





SISTEM PENDIDIKAN



Anak-anak Malaysia telah dicorak dengan didikan mengikut system pendidikan barat sejak pertama kali melangkah kaki ke alam persekolahan. Sehingga ke peringkat pengajian yang kononnya paling tinggi, pengajian mereka disekularkan terus apabila mereka yang mengambil aliran sains, tiada langsung pengisian agama diberikan. Begitu juga dengan mereka yang mengambil jurusan agama, tidak didedahkan langsung dengan teknologi sains yang kian membangun. Teringat kata-kata seorang ustaz, “Kita kena touch system pendidikan untuk merubah segalanya, hatta Negara sekalipun”, menunjukkan betapa tingginya kuasa pendidikan.





Tokoh-tokoh Islam yang hebat mampu lahir sebagai seorang yang hebat dalam pelbagai bidang, dalam masa yang sama, dia juga seorang ulama’ tersohor. Kaedah-kaedah sains dan matematik yang dikaburi kononnya diperkenalkan oleh Barat, seperti Algebra, Prinsip Archimedes, Inersia, Sinus, Tangen, dan bermacam-macam lagi hakikatnya telah dahulu dijumpai oleh tokoh ilmuan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, Jabir Al Hayyan, Al Kindi dan ramai lagi. Inilah hasil pendidikan yang tidak terikat dengan system sekular Barat. Bilakah Malaysia akan lahir sebagai sebuah Negara yang mampu menghasilkan generasi Ulul Azmi?




BERMULA DARI RUMAH




Kata orang, pendidikan anak bermula dari rumah. Kata-kata tersebut ada juga benarnya. Untuk memperoleh anak yang hebat, pertama sekali akhlak seseorang individu haruslah dijaga bermula seawal mencari pasangan. Kemudian, dalam memilih ciri-ciri pasangan, hendaklah mengikut 4 ciri yang telah diajarkan oleh Baginda saw, dan keutamaan lebih diberikan kepada agamanya. Kemudian, akhlak sepanjang tempoh berkenal-kenalan sehingga kea lam rumah tangga. Seterusnya, amalan ibu bapa sepanjang anak dalam perut sehingga lahir, contoh ibu bapa di rumah, cara mendidik anak, semuanya mudah jika system yang dimodelkan oleh Nabi saw dijadikan contoh dan diamalkan. Maka, lahirlah anak-anak yang hebat yang bakal membentuk sebuah keluarga bahagia, masyarakat penyayang dan Negara yang aman.





TIDAK 100% BERMULA DR RUMAH





Namun, boleh juga dikatakan bahawa anak-anak tidaklah 100% lahir dari sebuah rumah. Suka untuk aku ungkapkan bahawa sistem yang diatur oleh kerajaan juga barkait rapat dalam pembentukan anak-anak. Hal ini kerana anak-anak tidak selamanya berada di dalam rumah, malah lebih terdedah kepada persekitaran luar yang maksimumnya dibentuk oleh system kerajaan. Sebagai contoh, telah menjadi budaya di kebanyakan Negara-negara Arab, tiada seorang pun peniaga wanita. Mungkin kerana didikan pemerintah yang tidak menggalakkan wanita untuk berlebihan dalam bersosial, wallahua’lam. Lagi, pengharaman pemakaian tudung dalam badan-badan kerajaan di Turki juga menunjukkan kerajaan mempunyai kuasa dalam penentuan hidup rakyatnya, biarpun kea rah kemudharatan sekalipun. Banyak lagi contoh-contoh yang jelas menunjukkan bahawa pemerintah lebih berkuasa dalam mengawal tindak-tanduk rakyatnya.





Bayangkan jika semua pub-pub diharamkan, penjualan arak dibanteras, pengedaran dadah dihapuskan habis-habisan, sudah pasti rakyat tidak akan terdedah dengan gejala yang tidak sihat. Kelas-kelas agama diwajibkan di semua peringkat usia, budaya ilmu diuar-uarkan, cara berpakaian menurut Islam diwajibkan, dan banyak lagi usaha yang mampu dibuat oleh pemerintah, kerana pemerintah berkuasa menentukan keadaan rakyatnya. Jadi, pemerintah yang bagaimana yang kita mahukan?




HARAPAN DAN IMPIAN




Ulama’ pewaris nabi, di zaman yang diselaputi najis fitnah ini, jika bukan mereka yang kita ikuti, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat rujuk?hebatnya sultan Muhammad al fateh dalam legasi pemerintahannya kerana dikelilingi oleh para penasihat yang wara’, sehinggakan berjaya membebaskan kota konstantinopal dalam usia yang cukup muda, 21 tahun.




Nah! Keputusan di tangan kita sebagai pemilih. Harapanku dalam bulan ramadhan penuh barakah ini, di 10 mlm terakhir, juga sempena meraikan peningkatan usiaku, aku cinta untuk melihat Malaysia ditadbir oleh mereka yang benar-benar ingin mengangkat tinggi hukum Allah. Bukan bermakna aku tidak bersyukur berada di Negara yang aman, tidak seperti di Timur tengah, tetapi aku sedih memikirkan masyarakat yang masih leka dengan nikmat kesenangan sehingga terlalu senang berada di bawah sebuah Negara yang kononnya ditadbir oleh pemerintah Islam, tetapi tiada usaha untuk menjunjung tinggi hukum Allah. Dan yang paling aku bimbangi, bagaimana keadaan penerus generasi kami? Semoga Malaysia yang dicintai berjaya ditakluki oleh tangan-tangan yang cintakan kebenaran.


Mohamad Afez Hassan





“Kak, lame lagi ke? Panas ni duduk kat pagar sekolah..” sekeping mesej ringkas dari adik Afez sebaik dia tiba di perkarangan sekolah. Hari itu beberapa orang fasilitator diperlukan untuk Program Smart Solat di sebuah sekolah rendah di Melaka. “Jap dik, kami OTW ni. Ko masuk je dulu, duduk kat kantin tu. Kalo org tanye, ko cakap la ko t’libat dgn Kem Smart Solat..” Ringkas aku membalas mesej memujuk. Dalam hatiku mengagumi dia, seorang adik yang cekal hatinya, biarpun hanya dia seorang sahaja lelaki yang menjadi fasilitator. “Macam mane ajar budak-budak tadi? Nampak kelas ko tenang je. Kelas akak bukan main riuh lagi”. Aku menegur sebaik tamat program untuk hari tersebut. “Ok je kak..” “Agaknye dia takot dgn ko kot, nak kena lelaki yang ajar, baru diam agaknye budak-budak ni..eh, esok boleh dtg lagi ke? Nak ajak muslimin lain buat teman ko pon, xde yang free dik.” Tenang dia menjawab, “Eh, saye ok je kak, inshaAllah saye dtg esok”. Kau hebat dik, terus berdiri utuh demi mendidik nilai Islam dalam diri anak kecil bakal pewaris Negara.




“Kak, lepas ni nak jumpe jap. Ada benda nak bincang sikit”, dia meminta sebelum meeting bermula. “Macam ni kak, saye dapat Matrik Johor, tapi saye lebih minat untuk teruskan subjek agama kat u nanti. Agak-agak boleh ke saye ambik STPM kat Sultan kak?” Wah! Mantap adik ni, minatnya dia dalam jurusan agama, mungkin melihat kepada keperluan masyarakat yang mendesak untuk dia telibat dalam bidang tersebut. “Ok je dik, kalo ko memang minat. Eh, ko dulu SMK Dang Anum kan? Xde arab la kan?” “Sebab tu la saye tanye akak, boleh ke kalo xambik subjek agama sebelum ni, nak ambik STPM bidang agama kat Sultan tu?” Serba salah aku menjawab, “Ntah la dik, setahu akak, ko kena sekurang-kurangnya ada ambik subjek Arab time SPM untuk teruskan STPM bidang agama ni” “Memang syarat dia macam tu ke kak? xboleh ke kalau buat rayuan ke..” Cuba memujuk, “Macam ni la dik, ko teruskan je dulu study kat Matrik tu, sambung terus bidang sains kat u nanti. Dah habis study tu, boleh je ambik double degree bidang agama pulak, macam pakcik akak. Dia Engineer dulu, tiba-tiba dah boring jadi Engineer, dia try apply Quran Sunnah kat UM, dapat je, dan sekarang tengah study kat UM.” Lebar aku menyusun kata, agar semangat adik itu tidak hancur, hatinya tidak terguris. Kau hebat dik!! Cinta untuk mendalami ilmu agama biarpun tidak pernah menceburi bidang tersebut sepanjang di alam persekolahan.




My SMaC 03 berjalan dengan lancarnya. Tiba-tiba aku teringat untuk menjemput 2wakil My Soff 02. Dan Afez salah seorang dari 2 wakil tersebut. “Slm.. dik, ko xdtg ke My SMaC? Jom la dtg, tengok adik-adik baru ni” “Saye kat Matrik lagi ni kak, kalo sempat inshaAllah saye dtg”. “Kak, saye dah kat rumah ni. Agak-agak kalo saye dtg sekarang sempat x? Tp kalo dtg pon mungkin sekejap je, mlm ni saye ade discussion dgn member la”. Perjalanan dari rumahnya di Merlimau ke Masjid Tanah, tempat program berlangsung mengambil masa lebih kurang 1 jam. “Dtg je dik, dpt tengok adik-adik kejap pon jadilah..” “Ok kak, tp bg direction, saye xtau jln nak ke sane” Tidak lama selepas itu, aku melihat dia sudah tiba tercegat duduk antara di barisan hadapan untuk mendengar taklimat. “Aih, cepat betul budak ni sampai, syukur xde ape-ape yg berlaku..” Habis satu slot,bernyanyi bunyi mesej masuk, segera aku mencapai handset. “Kak, saye balik dulu ye. Nak kena cepat, takot member marah”. “Jadi jugak budak ni balik malam ni jugak, ish3..”hatiku mengomel. “Iyelah dik, syukurlah ko dapat gak jejak tengok adik-adik baru kejap. K, hati-hati bwk moto tu.. slm..” Rasanya, waktu dia di atas jalan lebih lama dari waktu dia berada di tapak program. Kau hebat dik!! Sanggup berpenat demi melihat bakal pelapis kau suatu hari nanti menjalani latihan.




Tanggal 11 Ramadhan, 11 Ogos 2011, kau melepaskan nafas yang terakhir… Bagai terhenti nadi mendengar berita pemergianmu dik. Kau pergi dalam keadaan yang sangat mulia. Sempat kau lafazkan syahadah, kau mengikut talkin yang diajarkan. Pergimu dalam perjalanan kau ke Rumah Allah, di Subuh hari, dalam keadaan yang gelap, tiada manusia melihatmu, ikhlas hati tiada niat lain selain ingin membesarkanNya, ditambah lagi dalam bulan Ramadhan. Allah.. Mulianya pengakhiran hidupmu. Akak yakin dan pasti, kau tenang di sana dik. Erat akak memeluk tubuh lemah bondamu dalam tangisannya, sempat dia mengatur kalam, “Anak kawan dia kan? Anak tau dia macam mane kan? Doakan dia ye nak….” InshaAllah dik, pergimu sentiasa diiringi doa. Perginya seorang pejuang agama. Semangat kau patut dicontohi. Kau, MOHAMAD AFEZ BIN HASSAN.. Semoga kau tenang di sana…. Al Fatihah..

Blog Afez