Wednesday, March 30, 2011

4flat=Redha Allah v/s 4flat=Pecah Otak


Alhamdulillah, berkat usaha seluruh adik-beradik Introspeksi Ilmu, diiringi doa dan tawakal, akhirnya Introspeksi Ilmu sulung berjaya dijalankan dengan lancar. Kredit untuk kalian!!


Bertajukkan “4flat=Redha Allah v/s 4flat=Pecah Otak (biarpun ada kritikan ke atas tajuk tersebut, cadangan “v/s” ditukar kepada “dan”, terima kasih kepada pengkritik ke atas kritikan yang membina) dengan penampilan Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, dilihat mampu menarik minat ramai mahasiswa untuk meghadirinya.


Sebagai bukti, pada malam kuliah tersebut berlangsung, kerusi di bahagian muslimat tidak mencukupi menyebabkan terdapat sebahagian daripada mahasiswi yang terpaksa berdiri, sehinggakan ada yang terpaksa mendengar kuliah daripada luar bilik seminar. MasyaAllah!! Betapa mahasiswa kini dahagakan majlis-majlis ilmu bagi mengisi ruang hati.


Semoga kuliah-kuliah sebegini rupa yang bakal menyusul pada masa akan datang terus dibanjiri oleh mereka yang benar-benar cintakan ilmu Ilahi. Maha suci Allah Pemilik segala ilmu di alam ini. Subhanallah….


ISIUKM MANTAP!!

~Bersama Melangkah, Menginspirasi Ummah~

Monday, March 28, 2011

Serba sedikit mengenai Latihan Amali Industri

Syukur ke hadrat Yang Maha Berkuasa, memberi keizinan untuk makhluknya menghadiri Kursus Pra-Penempatan Latihan Amali Industri di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh, UKM pada 27 Mac yang lalu.

Sedikit perkongsian yang dapatku perolehi dari sepanjang hari mendengar syarahan daripada beberapa orang pensyarah dan penceramah jemputan yang hebat-hebat semuanya. Mengenai sistem pemarkahan LAI, disampaikan oleh Dr. Redzuwan merupakan slot yang terpenting berbanding slot-slot lain pada hari tersebut(dakwa beliau). Penjelasannya adalah seperti berikut:-

  • Pemarkahan
  1. 10% - Kursus Pra-Penempatan LAI
  2. 60% - Penilaian penyelia(untuk LAI di luar negara) ATAU 30% penyelia + 30% ustaz(untuk LAI di dalam negara tercinta ;))
  3. 30% - Laporan lengkap
  • Laporan
  1. Laporan mengenai gerak kerja di tempat LAI hendaklah dibuat SETIAP HARI
  2. Penilaian oleh penyelia hendaklah dilakukan seminggu sekali
  • Detail laporan (Perkara yang diperlukan di dalam laporan)
  1. Penghargaan
  2. Pengenalan
  3. Pengenalan LAI
  4. Objektif LAI
  5. Latar belakang agensi
  6. Nature tugas (yang menjadi rutin). Contoh:- Masukkan data, buatkan kopi, fotostet dll
  7. Tugas luar biasa (yang jarang-jarang dilakukan). Contoh:- Bagi ceramah pada orang asli
  8. Sumbangan LAI pada diri.(kesan atau perubahan pada diri selepas mengikuti LAI)
  9. Masalah yang dihadapi sepanjang LAI.(Luahan hati)
  10. Cadangan untuk penambahbaikan LAI
  11. Penutup
  12. Lampiran
  • Tarikh keramat
  1. 2 Mei 2011 = Semua pelajar mendaftarkan diri di tempat LAI masing-masing
  2. 1 Jun - 10 Julai 2011 = Lawatan Ustaz ke tempat LAI(dalam negara)
  3. 10 Julai 2011 = Tamat LAI
  4. 30 Julai 2011 = Tarikh akhir penyerahan laporan LAI
Semoga sedikit perkongsian ini mendatangkan manfaat.

Friday, March 25, 2011

Wahai Perempuan, Malulah seperti anak Syu'aib itu


Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS ~

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya.

Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.




Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.


Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.


Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.


Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?
Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?


Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini.

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.





by hilal asyraf/ langitilahi.com

Thursday, March 24, 2011

Pengisian bermakna dari seorang Ustaz

Assalamualaikum wbt, kalam mulia pembuka bicara.
Hari Jumaat, hari raya mingguan buat umat Islam, penghulu segala hari. Juga hari yang memberikan benih semangat untukku menhadiri kelas. Nape ntah..

Tutorial Metod Dakwah yang penuh dengan pengisian bukan sahaja jasmani, malah rohani yang sering dahaga minta diISI. ;) Pastinya akan ada suntikan semangat dari al Fadhil ustaz untuk terus berjuang sebagai seorang Mahasiswa Islam. Setiap kalam darinya penuh dengan mesej-mesej tarbiyah, ku lihat penuh dengan mutiara hikmah.

Dan, tajuk yang dibawa hari ini cukup jelas, tidak perlu kepada huraian panjang. PERJUANGAN ISLAM!!

Qoola ustaz,
Hakikatnya, perjuangan adalah suatu benda besar. Kalaulah Islam itu mudah, Nabi takkan teruk-teruk pergi berperang. Sebanyak 47 kali Baginda saw menyertai peperangan sepanjang Baginda saw berada di Madinah.

Huraian ustaz mengenai Dakwah:-
  • Bahasa: Menyeru kepada orang
  • Kita perlu menyampaikan kerana kita YAKIN agama kita adalah benar
  • Siapa lagi yang nak sampaikan jika bukan kita
  • Aqidah Islam yang kita imani, bukan sekadar untuk kita sahaja yang buat, tapi juga buat masyarakat seluruhnya
Ustaz mengesyorkan semua muridnya membaca kitab "Maza Yakni" karangan Fathi Yakan.

Tambah beliau, antara sifat-sifat FARDU MUSLIM ialah:-
  • Aqidah yang baik
  • Ibadah yang baik
  • Akhlak yang baik
  • Menjaga MASA!!
  • Pengurusan yang sistematik
  • Bermanfaat untuk orang lain
*lagi 4 sifat ustaz lupe..

BAITUL MUSLIM
Ustaz pesan, jangan risau,
  • Yang ada fikrah, pasti dengan yang ada fikrah
  • Yang takde fikrah, pasti dengan yang takde fikrah
  • Yang haprak, pasti dengan yang haprak
  • Yang pemalas, pasti dengan yang pemalas juga.....
Ustaz terangkan lagi, Tarbiyyah pula bermaksud mempersiapkan diri untuk menjadi petugas Islam. Dan seorang pemikir dakwah akan menjadi pemerhati sejauhmana masyarakat mengamalkan cara hidup Islam, seterusnya mempunyai matlamat dan bertindak untuk mengubah masyarakat.

Akhir kata dari ustaz,

Qoola Orang Tua-tua,
"Saya DENGAR, saya LUPA
saya TULIS, saya INGAT
saya BUAT, saya FAHAM"

Friday, March 18, 2011

"Gomo Klate Gomo!!"

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana Dia masih membekalkan jasad hina ini dengan nafas Iman dan Islam. Di suatu Jumaat yang memang penuh dengan ujian, aku laluinya dengan penuh lafaz Istighfar.

Kemalangan yang menimpa diri kulihat sebagai tarbiyah introspeksi diri dan kaffarah dosa. Cuba untuk redha dengan dugaan yang melanda, kerana ku yakin di sebalik tirai ujian terkandung 1001 hikmah. Syukur aku masih diberi peluang bernafas di dunia yang fana ini, berpeluang untuk terus bergerak menegakkan kalimah Allah.

Di kala aku ditimpa kesusahan, tanpa aku sedari, mereka yang cuba menghulurkan bantuan semuanya terdiri dari kalangan Pantai Timur. "Gomo Klate Gomo". Sahabat yang bersamaku dalam Si Merah sewaktu kejadian berketurunan Kelantan, pakcik yang berhenti menghulurkan bantuan tanpa diminta juga berloghat Kelantan, sahabat yang bantu menghantarkan Si Merah ke hospital juga Anok Beranok Klate bersama sahabatnya yang juga dari Kelantan. Ahaa..

Kini, detik ini, saat ini, aku perlu mengubah persepsi bahawasanya "mereka" bukanlah "berassabiah", akan tetapi "berukhuwah". Syukran kepada mereka yang terlibat berada di sisi disaat diri longlai tidak bermaya diuji sebegini rupa. Tiada apa yang mampu kuhulur selain lafaz Terima Kasih yang tidak terhingga. Moga Allah mudahkan urusan kalian mengharungi hari-hari mendatang, ameen. Syukran Jiddan!

Wednesday, March 16, 2011

Tahniah & Syabas pimpinan baru PMFPI sesi 2010/2011

Salamullahi'alaikum wbt..

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Kekasih Allah, semoga syafaat Baginda menjadi peneman kita semua di Sana nanti, ameen Ya Rabb..

Sehari sudah waktu berlalu aku melepaskan amanah sebagai pimpinan PMFPI. Bukan mudah menerajui pimpinan fakulti yang perlu sangat-sangat dijaga kredibilitinya, baik dari segi akhlak, akademik, percakapan, pamakaian, profesionalisme, pengurusan dan segala macam. Al maklum, fakulti yang pertama ditubuhkan di Varsiti tercinta ini senantiasa menjadi buah mulut mana-mana individu dewasa ini. "Perangai macam bukan budak FPI", "Ya Allah, ingatkan fakulti mana tadi, tak senonoh", dan bermacam lagi tohmahan yang dilempar kepada fakulti ini. Maka, secara tidak langsung, penangan tersebut sangat panas di telinga kami.

Bukan kami tidak usahakan, akan tetapi, selagi seseorang masih bergelar manusia, dia tidak akan terlepas daripada ikatan nafsu, ditambah lagi dengan hasutan makhluk durjana, pasti tewas mereka yang tidak kental rohani dan jasadnya. Walau sejuta usaha sekalipun dilakukan, sekiranya mereka tidak memohon hidayah dari Allah, cahaya percikan hidayah agak sukar mendekatinya. Kesimpulannya,amanah amatlah berat bagi mereka yang memegang pimpinan Fakulti Pengajian Islam, kerana akan berhadapan dengan masalah sosial oleh mereka yang sepatutnya membanteras gejala tersebut.

Tersimpang sudah.. Niat dihati, post pertama ini aku khususkan buat Pimpinan PMFPI sesi baru 2010/2011. Jutaan tahniah dan syabas buat kalian kerana telah dipilih oleh Allah dan melalui wasilah syura peringkat pimpinan lepas. Ingatlah, kalian adalah pilihan Allah!! Abaikan kata-kata murahan, "Dia naik sebab dah takde orang", "Dia dapat pegang post tu sebab dia rapat dengan Si D", dan macam-macam lagi spekulasi negatif. Abaikan! Abaikan! Abaikan! Itu semua amanah dari Allah, jadi peganglah ianya seerat mungkin, selagi nyawa dikandung badan. Moga niat pimpinan baru ingin membawa Islam tetap utuh kerana Allah.