Sambungan dari sedutan 'Part 1'.....
INDAHNYA APABILA DAKWAH MENJADI SANDARAN
Ada kata-kata dalam kalangan muslimin yang mengatakan bahawa kalau kahwin dengan muslimat ni, confirm settle agama. So, sekarang kita kena cari yang comel dan cantik pula. Tergelak saya mendengar kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
'Asalkan muslimin sudah, tak kisahlah siapa pun dia'..
Niat untuk kahwin sesama muslimin muslimat itu sangat bagus, dan itulah yang lebih utama. Tetapi, berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan. Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ adanya nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahannya. Tak semua muslimat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada juga yang lebih utama untuk dikahwini dahulu berbanding lain.
Jika kamu meletakkan dahulu citarasa kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik jika kamu pilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih dithiqahi. Orang tengah akan sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun segannya seorang wanita dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunanganberlaku di bawah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan inshaAllah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik untukmu.
Saya tak tahu berapa ramai muslimin yang membaca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, 'pinanglah muslimat kerana dakwah'.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tidak menentu, mMahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum kahwin itu penting dalam melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itu terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu untuk mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada muslimat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana muslimat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan muslimat yang lain.
Untuk muslimat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme,ramai muslimat yang sudah meniti senja usia, menantikan pinangan muslimin yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah berganjak, muka sendiri tidak berapa comel, sangat tangkas pula dalam dakwah menyebabkan muslimin sedikit kecut untuk meminang. Kita jelas dalam memilih muslimin sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kethabatan di atas jalan dakwah. Namun, bagi muslimin, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggngjawab ke atasmu (jika kes pinangan direct). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai muslimat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada muslimin, ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada muslimin dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dulu pernah muslimin mengatakan muslimat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati muslimin, kerana itu kita tidak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun, seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah, itu kuncinya.
Dan... Nak tahu something? Jika muslimat sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang muslimin, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi cari timba, itu usaha menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya agak memakan masa.
TAK SEMUA YANG MELALUI UBM INI PERFECT
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai pun, begitu juga dengan BM. UBM ini wasilah untuk mendapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang matapun, namn disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan. Ianya amat manis, Subhanallah...
Tetapkan matlamatmu, biar jelas, biar terang.. Itulah dia kerana dakwah dahulu, kerana Allah dan RasulNya dahulu.
Tak semua muslimin perfect, dan tak semua muslimat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru cari yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu wahai akhi wa ukhti, jika kau memilih Allah sebelum yang lainnya, inshaAllah.
JADILAH MODERATE DALAM PROSESNYA
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah, berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara penting di dalam kehidupan rumah tangga kelak, tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya akan kelihatan dan dirasai rasional..
-Tamat-