Wednesday, February 1, 2012

Berkaitan Mahasiswa

Kalau bukan insan bergelar mahasiswa, siapa lagi yg layak untuk menyebarkan realiti mahasiswa hari ini. Lantas aku terpanggil untuk berkongsi artikel berkaitan dunia mahasiswa..

Indah penulisannya, bertajukkan "Kerajaan kerdil sahaja sanggup lanyak mahasiswa", karangan Muhammad Nuruddin Bashah, Ketua Penerangan MTD Sg. Rapat, kutemui ketika membelek akhbar yg kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, Harakah.



MEMBANTAI mahasiswa sehingga berdarah dan cedera umpama kerajaan BN isytihar perang kepada bukan sahaja terhadap mahasiswa atau kelompok pelajar, malah kepada semua anak muda. Inilah bukti kerajaan ini kerdil dan lemah kerana hanya sanggup memukul anak sendiri berlebih-lebihan.

Penahanan 20 mahasiswa yang berhimun secara aman dalam keadaan menutup aurat tanpa ada alkohol atau kondom pada malam tahun baru 2012 di UPSI serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa membuktikan bebalnya kerajaan BN dan polis memahami dikotomi bermoral dan tidak bermoral.

Kerajaan ini umpama dinasti akhir Empayar Rom barat yang hampir tumbang suatu ketika dahulu akibat jahil membezakan apa yang bermoral dan apa yang tidak.

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, Muhammad Safwan Anang cedera di dada serta Amar Rasyidi yang cedera akan menjadi parut bernanah dalam gerakan mahasiswa dan kerajaan BN perlu kerahkan pemuda UMNO dan Puteri UMNO bekerja 'overtime' jika ingin meraih kembali sokongan anak muda.

Usaha Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) untuk membantu mahasiswa mendapat sedikit kelonggaran dalam menyuarakan pendangan dan sebagai komponen aksi yang sihat dalam negara cuba dihalang oleh UMNO sehingga menggasak mahasiswa pro-UMNO untuk desak Dato' Saifuddin letak jawatan.

Mahasiswa Aspirasi adalah kelompok pelajar yang dianggap bakal meneruskan legasi rasuah UMNO kerana mereka tidak pula mendesak menteri rasuah seperti Shahrizat untuk letak jawatan sebaliknya menteri yang tidak rasuah dan intelek seperti Saifuddin pula menjadi sasaran 'intelektual' mereka.

Kelompok inilah yang bakal menjadi komoditi alat kapitalis yang hanya bangga digelar modal insan dalam sistem ekonomi tanpa ada sahsiah dan sikap sensitif atas kezaliman dan penyelewengan kerajaan.

Benar kata sesetengah blogger dan pemimpin mahasiswa, mahasiswa dan isu Adam Adli dijadikan 'punching bag' UMNO apabila UMNO terjerat dengan isu salah guna wang Feedlot, osu Khir Toyo yang diketahui keputusannya dalam jangka waktu hampir pilihan raya, terjerat dengan kenyataan Mahathir yang menipu rakyat berkenaan siapa yang berhutang dengan Bank Dunia serta UMNO cukup geram apabila isu haji mazhab Najib dijadikan isu para pembangkang untuk mengupas kejahilan ulama UMNO.

..........

0 comments:

Post a Comment