Saturday, April 16, 2011

Gambaran awal :)


















~Penginapan kami ( harapan ;) )

??


Wednesday, April 13, 2011

Kaitan 'Paper Maharat' dengan potensi..

Melalui detik-detik cemas peperiksaan akhir, hanya Dia tempat bergantung harap..........

Jelas kini, sememangnya lumrah kehidupan duniawi, manusia saling melengkapi. Apatah lagi dalam berorganisasi, sangat cantik dan lengkap jika dihiasi dengan ahli yang mempunyai pelbagai potensi dan posisi. So, apa kaitannya dengan peperiksaan akhir yang dinyatakan di awal kalam??

Tidak semua orang hebat dan tiptop dalam subjek yang sama. Sebagai contoh, subjek A mungkin menjadi penyumbang pointer untuk si K, tetapi tidak semestinya subjek yang sama menjadi penyumbang pointer untuk si L, malah mungkin menjadi sebaliknya (penjatuh pointer mungkin, contoh3).

Dan mungkin juga si L hebat dalam subjek B, tetapi tidak bagi si K. Begitulah lumrah kehidupan dunia. Tidak semua manusia mempunyai potensi yang sama, tidak semua manusia mempunyai sikap yang sama, begitu juga watak, keinginan, pandangan, pemikiran dan sebagainya. Semuanya pasti berbeza walaupun kadangkala serupa.

Oleh itu, janganlah terlalu mengharap akan ada insan yang berfikiran dan berwawasan sama seperti kita! Janganlah terlalu melihat kebolehan seseorang dengan pandangan serong! Janganlah terus menghukum kelemahan seseorang! kerana apa??? Kerana kita tidak tahu, mungkin jauh di sudut peribadinya, terdapat sinar kebolehan yang bergemerlipan. Tidak terjahar kerana sirna kelesuan watak.

Justeru, jika anda seorang ketua, gilaplah kebolehan dan potensi anak buah semampu boleh. Percayalah, sekiranya semua kebolehan dan potensi ini dikeluarkan, pasti hebat sesebuah organisasi itu. Dan pastinya kita semua dapat bersama melangkah dalam menginspirasi Ummah..

(Luahan anak muda yang tidak mampu menjawab paper maharat istima', Dewan Gemilang, jam 1200 waktu tempatan, dengan cemerlang)

Tuesday, April 5, 2011

.Muslimah Solehah.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin." Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)" (riwayat al-Tabrani).

_________________________________________________________________________________________________



Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?" Si ayah pun menjawab, "Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik". Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).


"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik". (surah Al Ahzab:32). "Lantas apa lagi ayah?"sahut puteri kecil terus ingin tahu. "Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".


Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?".


Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,"Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh". Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)


"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya."


Sumber

Bersama Melangkah, Menginspirasi Ummah