Wednesday, April 13, 2011

Kaitan 'Paper Maharat' dengan potensi..

Melalui detik-detik cemas peperiksaan akhir, hanya Dia tempat bergantung harap..........

Jelas kini, sememangnya lumrah kehidupan duniawi, manusia saling melengkapi. Apatah lagi dalam berorganisasi, sangat cantik dan lengkap jika dihiasi dengan ahli yang mempunyai pelbagai potensi dan posisi. So, apa kaitannya dengan peperiksaan akhir yang dinyatakan di awal kalam??

Tidak semua orang hebat dan tiptop dalam subjek yang sama. Sebagai contoh, subjek A mungkin menjadi penyumbang pointer untuk si K, tetapi tidak semestinya subjek yang sama menjadi penyumbang pointer untuk si L, malah mungkin menjadi sebaliknya (penjatuh pointer mungkin, contoh3).

Dan mungkin juga si L hebat dalam subjek B, tetapi tidak bagi si K. Begitulah lumrah kehidupan dunia. Tidak semua manusia mempunyai potensi yang sama, tidak semua manusia mempunyai sikap yang sama, begitu juga watak, keinginan, pandangan, pemikiran dan sebagainya. Semuanya pasti berbeza walaupun kadangkala serupa.

Oleh itu, janganlah terlalu mengharap akan ada insan yang berfikiran dan berwawasan sama seperti kita! Janganlah terlalu melihat kebolehan seseorang dengan pandangan serong! Janganlah terus menghukum kelemahan seseorang! kerana apa??? Kerana kita tidak tahu, mungkin jauh di sudut peribadinya, terdapat sinar kebolehan yang bergemerlipan. Tidak terjahar kerana sirna kelesuan watak.

Justeru, jika anda seorang ketua, gilaplah kebolehan dan potensi anak buah semampu boleh. Percayalah, sekiranya semua kebolehan dan potensi ini dikeluarkan, pasti hebat sesebuah organisasi itu. Dan pastinya kita semua dapat bersama melangkah dalam menginspirasi Ummah..

(Luahan anak muda yang tidak mampu menjawab paper maharat istima', Dewan Gemilang, jam 1200 waktu tempatan, dengan cemerlang)

2 comments:

karimi said...

its ok, dont give up... pulun lah baki paper yg ade dgn baik k... sy doakan kejayaan anda...

Maisya Ismaon said...

Syukran..

Post a Comment