Wednesday, July 27, 2011
Sahabat selamanya~
9:50 AMThursday, July 14, 2011
Ustazah jatuh Cinta?
10:01 PMTapi layakkah ustazah jatuh cinta?(macam pelik)
Mereka juga punya hati dan rasa.
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci.
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..
Wednesday, July 6, 2011
Edisi BERSIH>>Buat adikku..
10:52 PM

"nama pon konspirasi dik, sudah tentu ianya dtg dr musuh yg menganjurkan, dan sudah tentu ianya -ve belaka..akak cube ulas ckit mengenai penerangan pjg lebar konspirasi tu
1. penganjur dari kalangan bukan Islam..
xmenjadi masalah, kerana negara kita memang pelbagai kaum,
lgpon kita bukan lantik dia sbg ketua negara@memegang jawatan yang tetap, tp sekadar utk program yg hanya memakan masa 1 hari..
2. kenapa buat di tempat2 'org Islam' ramai 'lepak'..
jika kita lihat hakikatnya bersih akan dijalankan dengan aman..
memang kita xdibenarkn menimbulkn huru-hara, kecuali dan pastinya, jika b'laku huru-hara, ianya dtg dr pihak musuh spt FRU, polis, SB dan sekutu-kutunya yg menentang p'himpunan ini,
Jd, xde mslh dibuat di masjid, kerana jika melihat kepada sirah Nabi saw, masjid la tempat b'kumpulnya ummat..
xt'fikirkah, kita mengajak org kafir ke masjid, siapa tahu Allah nak gerakkan hati mereka terima hidayah di situ..
lg 1, kena ingat, kita bkn buat 'dlm' masjid, tp hanya di p'karangan masjid.. sgt2 xmenjadi masalah..
sogo, dan sekitar bandaraya pula, memang tempat org melayu lepak..
tp org melayu jenis yg macam mana???sudah tentu yg teruk akhlaknya... xde mslh kalau kita naka 'bersih'kan mereka sekali...
diorang ckp, "Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam."..
siapa kata semua non-muslim 'memusuhi' Islam??
siapa kata semua non-muslim 'memusuhi' Islam??
Nabi saw pernah bersabda yg maksudnya siapa yg menyakiti org kafir, maka dia telah menyakitiku..
non-muslim terbhgi kpd bbrapa jenis..yg WAJIB dimusuhi adalah kafir harbi,.iaitu yg menentang hukum Islam dan mmg ingin menentang Islam..cth, Israel, barrack obama dan sekutunya..itu WAJIB ditentang..
mcm mane nak tau Ambiga ni bkn t'golong dlm kafir harbi??
mcm mane nak tau Ambiga ni bkn t'golong dlm kafir harbi??
dah tentu dia masih berada di Malysia, dan tidak pernah mengatakan bahawa dia menentang habis-habisan hukum Islam...
itu dinamakan kafir zimmi..
pemerintah Islam patut menjaga kafir zimmi selagi mereka taat pd undang-undang Islam dan tidak menentang Islam..
so, kenapa BERSIH ni dibuat sebenarnya???
xlain dari tujuan yg memang dah digembar-gemburkan.....
nak BERSIHkan pilihan raya, & nak pastikan pilihanraya akan dtg akan berlaku adil...
itu sahaja...
kalau mereka benar2 adil,
kenapa perlu takut dgn p'bawakan bersih??
mereka patut sokong....
malah menjadi fardu kifayah kita membuat sesuatu utk kemaslahatan masyarakat...
sebab pilihanraya kita dah sgt3 TERUK!
wallahua'lam....
akak bgtau uchu sebab akak syg uchu..
supaya uchu fhm situasi msyrakat hari ni yg dah sgt2 teruk...
moga kita selamat dlm Islam... dlm p'lindungan Allah, inshaAllah..."
Moga segala yang berlaku dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita yang telahpon terbina kerana aku pasti, setiap kejadian pasti dan pasti akan ada hikmahnya.....
Adikku, ana ukhtikumfillah....
Monday, July 4, 2011
2 versi Ulama' kini...
3:33 AMBeliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.
Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.
Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.
Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.
"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.
Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.
--Bernama
Romantik Itu Sunnah Nabi
2:57 AMSebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati…mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalautak percaya..cubalah kahwin..hehhe..
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikanNya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan dihadapan manusia. Namun ianya dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang. Pemimpin tertinggi umat Islam, namun disisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masakini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk disisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri dibelakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng dibelakangnya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya dari hadis Nabi SAW.
Monday, June 27, 2011
BERSIH ke KUNING???
7:16 AM
Thursday, June 16, 2011
Apa beza mereka dan kita?
9:46 PMMaksudnya: Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam tanganya, nanti akan berpecah umatku kepada 73 puak (firqah). Maka satu sahaja masuk SYURGA dan yang 72 puak lagi masuk neraka. Bertanyanya sahabat: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Ahlussunnah Wal Jamaah”.
– Riwayat At Thabranie.
Aku membiarkan fikiranku melayang mengingati satu-persatu peristiwa sepanjang pengembaraanku bersama 5 sahabat di Bumi Syam..
Menapaki bumi yang penuh barakah, mempertontonkan aku sendiri bahawa pengamalan Islam terdiri daripada pelbagai mazhab, puak, aliran dan fahaman. Selama ini hanya diterangkan di dewan-dewan kuliah sahaja, langsung tidak terlihat realitinya, sehinggakan aku menganggap bahawa kepelbagaian puak hanya wujud di zaman Baginda saw. Maka kini baru aku mengerti betapa keterlaluan sesetengah puak mengamalkan ajaran Islam yang hakikatnya mulia, syumul dan suci dari pelbagai perkara karut.
Hatiku tidak menentu tatkala diajak menziarah makam Ra’su Saidina Husin r.a. Kelihatan beberapa orang yang berpakaian serba hitam menangis teresak-esak sambil mencium-cium tiang-tiang makam tersebut. Aku terkelu tidak terkata melihat keadaan yang penuh taksub itu. Selepas aku dan sahabat-sahabat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebahagian daripada dokumentasi, kami keluar daripada pintu utama. Di kala itu, sekali lagi aku tersentak apabila ada seorang yang juga serba hitam mencium alas kaki pintu utama tersebut. Allah!! Jangan cemari agama Islam yang mulia dengan ketaksuban yang teramat kepada makhluk Allah. Ya, tidak salah untuk mencintai keluarga para sahabat, malah itu juga yang dituntut untuk kita mengambil ibrah daripada sirah Nabi saw dan para sahabat dalam memperjuangkan agama Allah. Akan tetapi, amalan ketaksuban yang agak melampau akan memburukkan pandangan musuh Islam kepada Islam itu sendiri.
Langkah kugagahi mengekori ‘ketua darjah’ selaku ketua yang pernah menetap di tanah mulia ini, mengetahui serba sedikit selok belok jalan-jalan dan tempat-tempat bersejarah di sini. Seterusnya ke makam Saidatina Ruqaiyah, perlu memasuki sebuah bangunan, indah seperti masjid lagaknya. Kami bertiga terpisah dengan syabab kerana pintu masuk syabab dan akhawat berbeza, menyebabkan kmi hilang arah. Terus melangkah mencari arah, tidak juga terdapat tanda-tanda arah makam Saidatina Ruqaiyah, mendesak kami untuk melancarkan penggunaan bahasa Arab untuk bertanya kepada seorang wanita tua yang juga serba hitam. Balasan jawapan darinya lebih mengkakukan kami, dok pehe! Mungkin dia faham keadaan kami yang langsung tidak mengerti sepatah katanya, ibarat itik berbual mesra dengan kucing, dia terus meminta kami mengekorinya menuju ke makam tersebut. Beberapa kali kuulangi perkataan yang mendapat tempat tertinggi penggunaannya, sering aku gunakan sejak menjejaki Negara ini, Syukran jiddan!
Memasuki kawasan makam tersebut, sekali lagi amalan taksub oleh puak-puak hitam memucatkan mukaku sekaligus mendesak aku menelan air liur beberapa kali. Amat ramai mereka di situ, pelbagai aktiviti dapat dipertonton, ada yang sedang mendirikan solat, tetapi mata liar melihat orang sekeliling, ada yang mengaji Quran yang disediakan tersusun cantik di tiang-tiang makam, ada juga yang menjual anak patung. Menjual anak patung???? Aku kehairanan. Terus mataku memandang kea rah makam tempat Saidatina Ruqaiyah bersemadi, Allahuakbar!! Apa lagi perkara khurafat yang mereka lakukan!! Tidak habis-habis melaksanakan perkara yang memalukan Islam!! Anak patung dibaling-baling di atas makam, malah ada yang bergelak ketawa kerana patung yang dibaling terjatuh, tidak tersangkut di atas makam. Lebih panas hatiku melihat pagar indah yang memagari makam tercemar dengan ratusan anak patung, jutaan duit-duit, apa ertinya semua ini?? Tidak sanggup untukku melihat terus keadaan yang kuanggap bukan sahaja seperti menghina, malah mengutuk keluarga Nabi saw, terus kumengajak 3 orang sahabatku pulang.
Sebelum melangkah keluar, kulihat seorang guard wanita sedang duduk berehat. Kami bergerak kearahnya menginginkan kepastian, apa tujuan perbuatan pelik mereka membaling-baling anak patung tersebut. Jelasnya, perbuatan tersebut tidak lain, semata-mata ingin memohon hajat, seperti ingin anak cantik, baik, ingin anak bijak, dan bermacam-macam lagi. Hatiku terdetik, dimanakah sifat yakin kepada Allah? Ke mana perginya konsep tawakkal? Apakah tidak cukup jika hanya bergantung kepada Allah semata? Allahu, semoga semua umat Muhamad diberi hidayah petunjuk demi mengenali agama Islam sebenar.
Kebimbanganku melonjak setibanya di Tanah Air, isu yang sedang hangat diperdebatkan, dibahaskan, digembar-gemburkan ada kaitannya dengan agama Islam yang majority rakyat Malaysia menganutinya. Dengan kes murtadnya, Kelab isteri Taat, kes buang anak, dan sebagainya. Adakah masalah masyarakat kini ada perkaitan rapatnya dengan siapa yang memegang tampuk pimpinan? Bolehkah dikatakan bahawasanya pemimpin yang baik mampu membentuk masyarakat yang berakhlak? Jawapannya adalah YA!!! Ianya amat berkait rapat. Banyak hadis Nabi saw mahupun ayat Quran yang menerangkan betapa besarnya tanggungjawab ketua dalam memimpin peribadi dan akhlak anak buahnya.
Semoga Pilihan Raya Umum yang bakal tiba mampu memberi nafas baru kepada kuasa pemerintahan Malaysia. Tiada lain yang ingin dijulang melainkan Islam itu sendiri…… diri yang kerdil ini cuba sedaya-upaya untuk mengerah tenaga selagi mampu demi melihat Negara ini tidak lagi dikasari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
~Bersama melangkah menginspirasi ummah~

