Thursday, June 16, 2011

dia

Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan akhlak lelaki seperti ini:-


Membersihkan kalbunya daripada sangkaan yang salah.

Membersihkan fikirannya daripada angan-angan yang jahat.

Memejamkan matanya daripada melihat kekejian.

Memekakkan telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk.

Memelihara lidahnya daripada berkata sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran.

Ia memilih mati kelaparan daripada diisi perutnya dengan rezeki yang haram.

Menahan tangannya daripada berbuat zalim dan mencabuli hak orang lain.

Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat.

Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun tubuhnya dikerat-kerat.

Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawa ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan.

Yang paling dimuliakan ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur.

Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak.

Dalam padanya, yang paling dimurkai ialah kezaliman, dusta dan khianat.

Ia tidak rela menggunakan sifat-sifat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudharat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.


Anda, kita, mereka bagaimana??

~Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah~

0 comments:

Post a Comment