Wednesday, January 4, 2012

Aku nak jadi Cinderella!



Soalan yang agak pelik di suatu petang, "Aku nak jadi Cinderella!". Rakanku me'layan' dengan raut muka yang sinis, "Nak jadi Cinderella ye?? Boleh.. Sekarang pon boleh!".. "Erk.. lain macam je.. xjadilah.. eheh.."Jawabku ringkas.. Indah berada di sisi mereka..;)

Ingin mencapai sesuatu yang indah, senang, dan menyeronokkan semestinya memerlukan kita berada dalam situasi yang agak menekan di peringkat awalnya. Mudah bahasa, pengorbanan yang tinggi. Analogi angan-anganku untuk menjadi Cinderella di suatu petang tadi, amat bertepatan dengan pepatah orang-orang lama, "Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian"..

Namun, selepas dijerkah dengan kata-kata sinis rakanku, serta merta aku terkeluar dari dunia khayalan, kembali ke alam realiti. Dek kerana dunia khayalan yang memerlukan pengorbanan yang tinggi tadi. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, yang aku juga sudah diperkenalkan dengan dunia 'Princess' sejak kecil lagi, cerita-cerita dongeng seperti 'Cinderella', 'Snow White', 'Sleeping Beauty' dan lain-lain, kesemuanya menceritakan kehidupan yang indah dan bahagia di akhirnya, tetapi derita dan sengsara di awalnya.

Hakikatnya, bukan sahaja di dalam cerita-cerita Princess seperti itu keadaannya, malah dalam kehidupan realiti kita juga serupa. Inginkan kebahagiaan, kesenangan, kejayaan, amat-amat memerlukan pengorbanan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sanggup melaluinya. Melangkaui minggu-minggu peperiksaan akhir ini, minat aku mengingatkan diri dan sahabat-sahabat, faktor kejayaan sebenar bukannya 'study' semata-mata. Hubungan dengan Allah yang cantik, hubungan dengan keluarga, sahabat-sahabat, orang sekeliling perlu terjaga. Akhlak juga perlu terpelihara, sedaya upaya jauhi maksiat, perkara sia-sia, apatah lagi bermesej-mesejan dan gurauan yang melampau dengan mereka yang bukan muhrim, akhlak yang patut dicampak ke longkang.

Semoga pengorbanan sedikit dalam kita menghadapi ujian dunia 'Final Exam' ini menghasilkan natijah indah seperti dalam di akhir slot cerita 'Cinderella'. Jadi, tak salahlah jika aku memilih untuk menjadi 'Cinderella' ek? Cinderella Solehah..;) Ngarut!


3 comments:

Hamiza Hani binti Omar said...

;) Cinderella baik hati dan kecantikannya terserlah diraut wajahnya.. analogi Cinderella boleh digunapakai dalam usrah dgn adik2 sekolah rendah..hehe..

Asiyah Yusra said...

kalau cegini sya pon nak jadi cinderella la..cinderellah yang pakai tudung dan jubah yang cantik..hoho..Aku nak jadi cinderella!

Kauthar Hassan Mohamed said...

nak jadi cinderella ke nak kawin?? hehe

Post a Comment