Wednesday, July 27, 2011

Sahabat selamanya~



Mengapa aku memilih lagu di atas untuk dimuatkan di dalam entry kali ini?? Karena aku merasakan "Sahabat Untuk Selamanya"...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku penuhkan di dalam hati kerana Dia telah menganugerahkan aku sahabat-sahabat yang aku kira mampu membawaku ke jalanNya. Anugerah yang tiada tandingnya. Kerana apa??? Kerana aku tidak akan kuat tanpa mereka, kerana aku pasti tersungkur tanpa mereka, kerana aku lemah tanpa mereka..

Merenung sejenak sirah Baginda saw, Baginda saw sangat memuliakan sahabat-sahabat sehinggakan ramai dalam kalangan mereka yang telah dijanjikan syurga untuk mereka. Bukan kerana Baginda saw memilih bulu, akan tetapi, kerana relanya mereka bersama-sama Rasulullah saw keluar demi meluas lebarkan dakwah Islam demi agama tercinta. Betapa mantapnya ukhuwah mereka.

Dan kita?? Bagaimanakah? Mampukah kita menjadikan Rasulullah saw sebagai Role Model dalam menjalani hidup bersahabat? Adakah kita mampu memupuk rasa ikhlas dalam diri dalam bersahabat? Pernahkah kita niatkan serta berdoa agar dipertemukan sahabat sanggup bersusah senang bersama dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat? Dan, pernahkah kita buat sehabis baik untuk sahabat kita?? Renung dan fikirkanlah...

Di kesempatan ini, aku ingin mengangkat setinggi-tinggi kalimah 'Terima Kasih' buat mereka yang pernah bergelar sahabat. Sejak aku di pra-sekolah, kita ( tak ingat nama ;) ) merangkak membaca bersama; aku di sekolah rendah, kita ( Noor Sheila Nadia, Nur Fatin, Siti Nadrah, Siti Haziqah, Nur Hidayah ) mula mengenali alam kehidupan; aku di sekolah menengah, kita ( Kauthar Hassan, Siti Rawaida Rosli, Nurul A'tikah Johari ) sama-sama meningkat dewasa, mengharungi ujian bersama; aku di alam pra-universiti, kita ( Siti Rawaida, Nur Farahin, Nurliyana, Norhafizah ) lebih berdikari; dan aku di alam varsiti, ( bersama barisan pimpinan Ikatan Studi Islam UKMsesi 2011/2012 ) mengenalkan aku bahawasanya hidup ini bukan untuk diri-sendiri semata, akan tetapi untuk masyarakat keseluruhannya.

Pasti dan pasti aku tidak akan pernah menyesal dikurniakan mereka yang bernama sahabat, apatah lagi melatah bila berhadapan dengan mereka, kerana aku yakin, mereka mampu membawaku menuju redhaNya..

Terima Kasih sahabat~

*Nukilan buat semua sahabat yang pernah mengenali diri ini, biarpun tidak disebutkan nama di atas (maaf, terlalu ramai lagaknya), setinggi=tinggi penghargaan buat kalian..

3 comments:

....iDa WaiDa.... said...

hehe...mekasyeh sya jadikan ak sbg sahabat yang tetap diingati....ko juga begitu bagiku..=)

Maisya Ismaon said...

kerana dirimu begitu berharga..

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

(",)

Post a Comment