Thursday, February 2, 2012

Dedikasi buat Mahasiswa 'Tahun Akhir'.(Part 1)

Tengah khayal-khayal mengemas rumah, tiba-tiba terjumpa satu warkah yang aku rasa pantas untuk dikongsi bersama. Terutama buat insan bergelar Mahasiswa Tahun Akhir. Untuk mahasiswa tahun awal, kalau tak segan, bacelah! Selamat bertambah ilmu.:)

.....................................................
Oleh: Nur Aisyah Zainordin


Perkahwinan atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR. Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim? Susahkan.....? Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah yang lebih besar dari itu. Maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ni amat berbeza sekali fenomenanya dalam kalangan muslimin dan muslimat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap muslimin (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah muslimat yang ada. Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pon berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap muslimin dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang muslimat pon (ehem..ehem..), sehinggalah yang suka memandang muslimat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang muslimat berbeza sekali. Ada yang dah bersedia awal, ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya muslimat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad sebagai jalan terbaik.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik, amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya, contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik antum mahu ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Tidakkah anda malu jika cintamu pada Allah telah tercemar? Kerana ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka ber'couple' tanpa mereka sedari, bercinta tanpa sah. In adaah suatu virus yang akan melemahkan jika muslimin juga muslimat.

MELAMAR SECARA DIRECT

Ada juga muslimat yang melamar muslimin secara direct, walaupun paling ramainya ialah muslimin sendiri. Ada yang secara sms mahupun emel. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya terfikir, takkan naqib muslimin tersebut atau muslimin lain tidak memberikan contoh kepada muslimin tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah muslimat tersebut.

Itu lebih gentleman dan sejahtera untuk hati muslimin dan muslimat tersebut.

Muslimat rasa sangat offended bila muslimin melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau meremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang yang memantau.

Suka itu penting dalam berBM, walaupun itu bukan satu syarat, kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada yang mengenali melalui program ataupun emel.

Namun, untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita. Kerana kita kahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidak semua cerita BM ini indah, namun pada kebanyakkannya jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah sama ada positif mahupun negatif.

Kebanyakan muslimat yang merujuk saya apabila ada muslimin melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan muslimin tersebut. Sama ada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Bersumbang..........

1 comments:

Ahmad Tajuddin said...

moga pemilik blog ini juga berbahagia. ALLAH merahmatimu insya ALLAH!

Post a Comment