Friday, March 18, 2011

"Gomo Klate Gomo!!"

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana Dia masih membekalkan jasad hina ini dengan nafas Iman dan Islam. Di suatu Jumaat yang memang penuh dengan ujian, aku laluinya dengan penuh lafaz Istighfar.

Kemalangan yang menimpa diri kulihat sebagai tarbiyah introspeksi diri dan kaffarah dosa. Cuba untuk redha dengan dugaan yang melanda, kerana ku yakin di sebalik tirai ujian terkandung 1001 hikmah. Syukur aku masih diberi peluang bernafas di dunia yang fana ini, berpeluang untuk terus bergerak menegakkan kalimah Allah.

Di kala aku ditimpa kesusahan, tanpa aku sedari, mereka yang cuba menghulurkan bantuan semuanya terdiri dari kalangan Pantai Timur. "Gomo Klate Gomo". Sahabat yang bersamaku dalam Si Merah sewaktu kejadian berketurunan Kelantan, pakcik yang berhenti menghulurkan bantuan tanpa diminta juga berloghat Kelantan, sahabat yang bantu menghantarkan Si Merah ke hospital juga Anok Beranok Klate bersama sahabatnya yang juga dari Kelantan. Ahaa..

Kini, detik ini, saat ini, aku perlu mengubah persepsi bahawasanya "mereka" bukanlah "berassabiah", akan tetapi "berukhuwah". Syukran kepada mereka yang terlibat berada di sisi disaat diri longlai tidak bermaya diuji sebegini rupa. Tiada apa yang mampu kuhulur selain lafaz Terima Kasih yang tidak terhingga. Moga Allah mudahkan urusan kalian mengharungi hari-hari mendatang, ameen. Syukran Jiddan!

0 comments:

Post a Comment